Tuesday, May 27, 2008
Balik T9
Hari ni comform balik ke kemaman dari T9, helicopter bertolak dari lapangan terbang kerteh pada pukul 10.45pagi so lebih kurang dalam pukul 2 sampai rumah~ huh~ tak sabar nak balik~ Alhamdulillah walaupon balik awal tapi dapat juga siapkan kerja, lega rasanya bila casing yang dipasang tu tiada masalah~
Hari ni crew kat sini nak prepare back load barang casing, nak request barang tubing plak. Harap2 tubing tak kene pasang la~ banyak paip ni, comform dekat 4 hari kerja kalau dual completion. huhu~ aku harap orang lain yg turun sini~
Nak taruk picture semalam...
Tender 9, Terengganu Offshore
Pada hari jumaat 23/05/08 aku bertolak dari rumah pukul 12.00pm menaiki teksi ke terminal kerteh, biasanya kita kene tunggu 1 jam lebih awal utk berlepas, Flight aku pukul 2.45ptg tapi kene bertolak awal, so tak sempat nak solat jumaat, sebelum menaiki helicopter, kene safety briefing dulu, biasanya dalam safety briefing dia terangkan macam mana nak pakai tali pinggang keselamatan, macam mana nak buat bila ada kecemasan dan apa yang patut dia buat dan tak patut dibuat kat dalam helicopter tu. Berdebar2 juga masa nak naik helicopter tu, maklum la, bukan selalu naik helicopter ni,
Nampak bila naik helicopter ni macam slow je perjalanan dia tu, tapi masa nak ke udara, huh~macam nak tercabut jantung, laju~
Lebih kurang 45minit sampai la aku ke tender 9, mula2 lepas sampai tu lebih kurang pukul 5 sebab helicopter berlepas lambat dalam kol 3.30pm. so makan2 dulu, report kat company man, malam tu terus turun kat pelantar minyak. Check barang, cuba function test. Kerja habis lebih kurang pukul 12a.m.
Huh~ penat dok kat pelantar minyak dari kat base, keesokkan paginya, check thread paip, ada lebih kurang 250 paip saiz 9 5/8" jenis chrome dan besi biasa (4T). 1 dari pada paip tu tak boleh pakai sebab thread dia rosak.
Kerja habis lebih kurang pukul 2 petang, makan2 dan rehat, dalam pukul 5 company man dah suruh prepair barang kat rig floor (tempat dimana kerja pemasangan paip di dilakukan). So kitaorang pon prepair la. siap dalam pukul 7mlm, mandi2 solat.
Pukul 11 malam, kerja2 dah na mula, so prepair buat kali terakhir sebelum job, tepat pukul 12 mlm, sebelum kerja tu, diadakan briefing dipanggil Pre-Job Briefing. Semua orang termasuk driller, roughnet, KST (aku n tong operator) dan tourpusher sama2 ada dalam meeting tu, bagitau hazard yg ada masa melakukan kerja dan cari cara2 utk mengatasinya~
Lepas tu start la kerja, kami pasang paip utk gas rotate 6 jam seorang sampai la siap keesokkan harinya pada pukul 12 am,
Aku mula2 diberitahu akan dihantar pulang keesokkan harinya sebab company man dah taknak guna lagi khidmat TMS utk pasang paip pada job berikutnya. Tapi atas faktor2 tertentu aku kene stay, tadi company man kata "You can leave tomorrow". kalau jadi aku akan balik pada hari rabu, 28/05/08 . Waktu helicopter tak bagitau lagi.. huh~
Tak sabar nak balik..
Subscribe to:
Posts (Atom)