Sunday, March 1, 2009

Kesilapan Atau Pengalaman?

Setelah 2 minggu dalam process penternakan ikan ni, didapati ikan talapi saban hari ada yang mati, tak seekor, 2 ekor, Erm. rasanya sy dah lakukan 2 kesilapan.

1. sistem pengairan ( sistem penapisan air)
2. Kapasiti Kolam x ikan.

Kesimpulan kat sini, penapis biasa yang digunakan tak boleh digunakan sebab ia mengakibatkan penapis cepat kotor dan air pon kotor sebab penapis tak tapis dengan sempurna.
Nak beli penapis harganya mahal plak~ Erm..

Kaedah Organik

3 hari lepas, sy pergi ke kg seri paya parit raja untuk melihat penternakan keli secara organik iaitu tak memerlukan makanan, hanya baja dan pokok tutup air (iaitu pokok keladi bunting, kiambang atau teratai)

Cara yang digunakan praktikal tapi memerlukan tempat. Sy dah servey kat kg rengit. Dapat kebenaran nak buat kolam kanvas, permulaan nak buat 2 kolam keli secara organik dan kat rumah 100% talapia. Kos je yg masalah.

Minggu lepas sy pergi ke jabatan perikanan, nak buat pinjaman untuk penternakan tapi syarat utama nak kene pergi kursus dulu. Aisey~ so apply dah kursus iaitu

1. Penternakan Ikan dalam Tangki
2. Pembenihan ikan air tawar.

Semua kursus jabatan sponser tapi kos pergi kursus tu sendiri. 5hari untuk setiap kursus. tempat dia plak bukan dekat2. Kat perlok dan enggor. Rasanya kat kedah n pahang. huh~

1 kursus seramai 25 orang seluruh malaysia. harap dapat la mengikuti kursus nih~ nak sangat pergi..

Mengikut jabatan perikanan tu lagi, setiap kg ikan yang dijual kita dapat insentif sebanyak RM0.57 sekilo. Bayangkan kalau 1 tan perngeluaran, RM570 insentif kerajaan bagi. huh~ cukup buat modal kedua pusingan. hehe~ macam cukup je. tapi dapat juga dari tak dapat apa2..

No comments: