Tuesday, July 29, 2008

Kehidupan

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganmu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah
Diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering depanMu
Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kembali
Kepada fitrah sebenar
pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari mu
Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambamu
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku snaggup kenerakaMu

Kutakut kepadaMu
Kuharap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Thursday, June 19, 2008

Kereta Rosak




Masa 2hb, perjalanan dari batu pahat ke kemaman, masa tu aku dengan ridhwan, guna 2 kereta. Dalam 30km ke gambang, kuantan asap keluar dari kereta aku, aku rasa engine pon macam lain je. so aku stop kat gerai area Paloh Hinai, check punya check, minyak hitam kering. Aku pon top up la.. Bila start engine ok. tunggu seketika, rasa ok je. Bila nak jalan masuk gear 1, terus mati, pastu tak hidup2.. jem terus..

Tak lama tokei gerai kat situ datang, dia kenalkan diri pastu rekmenkan pomen, aku pon takleh nak cakap apa la sebab aku bukan pomen, mana tau nak repair kereta tuh. Dalam 30minit pomen tu sampai, dia n geng dia tunggu ke workshop sebab takleh repair kat situ sebab jem engine. Sampai kat bengkel dia kata nak tgk esok. so aku balik saing ridhwan. Esok petang datang ingat nak tunda balik ke kemaman sekali pomen tu dah buka head dia, pomen tu kata rosak macam2.. gile ar...rm800 utk repair. tu belum yg lain2 lagi.. so aku fikir baik hantar balik, nanti member aku repairkan.. dan.. tukar engine yang menarik.. huhu~

Dalam fikiran aku dah nampak L2 je.. hehe.. servey harga dalam Rm2k.. ok la sambar satu...

Hari-Hari Terakhir di KSTB


Pada 19/06/08, hari terakhir aku kerja kat KSTB, company yang dulu aku rasa best je sebab Oil n gas Company but is just the name..

Nevermind.. so dihari akhir2 aku kat sana, apa lagi. amik gambar.. hehe

Pameran Ular & Reptilia




Pada 31/5/2008, Mimie nak sangat pergi Summit Batu Pahat untuk tengok pameran Reptilia. Tak pergi kang kecewa plak mimie, so aku ajak la amy skali pergi. Layankan mimie nak sangat tengok binatang2 nih, Lebih kurang kol 11 kitaorang pon pergi.

Banyak binatang, tapi kebanyakkan ular, labah2 ada sikit, ada cicak, katak dan jengking

Tuesday, May 27, 2008

Balik T9



Hari ni comform balik ke kemaman dari T9, helicopter bertolak dari lapangan terbang kerteh pada pukul 10.45pagi so lebih kurang dalam pukul 2 sampai rumah~ huh~ tak sabar nak balik~ Alhamdulillah walaupon balik awal tapi dapat juga siapkan kerja, lega rasanya bila casing yang dipasang tu tiada masalah~

Hari ni crew kat sini nak prepare back load barang casing, nak request barang tubing plak. Harap2 tubing tak kene pasang la~ banyak paip ni, comform dekat 4 hari kerja kalau dual completion. huhu~ aku harap orang lain yg turun sini~

Nak taruk picture semalam...

Tender 9, Terengganu Offshore



Pada hari jumaat 23/05/08 aku bertolak dari rumah pukul 12.00pm menaiki teksi ke terminal kerteh, biasanya kita kene tunggu 1 jam lebih awal utk berlepas, Flight aku pukul 2.45ptg tapi kene bertolak awal, so tak sempat nak solat jumaat, sebelum menaiki helicopter, kene safety briefing dulu, biasanya dalam safety briefing dia terangkan macam mana nak pakai tali pinggang keselamatan, macam mana nak buat bila ada kecemasan dan apa yang patut dia buat dan tak patut dibuat kat dalam helicopter tu. Berdebar2 juga masa nak naik helicopter tu, maklum la, bukan selalu naik helicopter ni,

Nampak bila naik helicopter ni macam slow je perjalanan dia tu, tapi masa nak ke udara, huh~macam nak tercabut jantung, laju~

Lebih kurang 45minit sampai la aku ke tender 9, mula2 lepas sampai tu lebih kurang pukul 5 sebab helicopter berlepas lambat dalam kol 3.30pm. so makan2 dulu, report kat company man, malam tu terus turun kat pelantar minyak. Check barang, cuba function test. Kerja habis lebih kurang pukul 12a.m.

Huh~ penat dok kat pelantar minyak dari kat base, keesokkan paginya, check thread paip, ada lebih kurang 250 paip saiz 9 5/8" jenis chrome dan besi biasa (4T). 1 dari pada paip tu tak boleh pakai sebab thread dia rosak.

Kerja habis lebih kurang pukul 2 petang, makan2 dan rehat, dalam pukul 5 company man dah suruh prepair barang kat rig floor (tempat dimana kerja pemasangan paip di dilakukan). So kitaorang pon prepair la. siap dalam pukul 7mlm, mandi2 solat.

Pukul 11 malam, kerja2 dah na mula, so prepair buat kali terakhir sebelum job, tepat pukul 12 mlm, sebelum kerja tu, diadakan briefing dipanggil Pre-Job Briefing. Semua orang termasuk driller, roughnet, KST (aku n tong operator) dan tourpusher sama2 ada dalam meeting tu, bagitau hazard yg ada masa melakukan kerja dan cari cara2 utk mengatasinya~

Lepas tu start la kerja, kami pasang paip utk gas rotate 6 jam seorang sampai la siap keesokkan harinya pada pukul 12 am,

Aku mula2 diberitahu akan dihantar pulang keesokkan harinya sebab company man dah taknak guna lagi khidmat TMS utk pasang paip pada job berikutnya. Tapi atas faktor2 tertentu aku kene stay, tadi company man kata "You can leave tomorrow". kalau jadi aku akan balik pada hari rabu, 28/05/08 . Waktu helicopter tak bagitau lagi.. huh~

Tak sabar nak balik..

Wednesday, May 14, 2008

Kerja



Aku sedang memikirkan macam mana nak pindah kerja, kerja aku skrg ni buhsan sangat~ Asyik jadi orang suruhan je.. Org2 atasan aku buat aku rasa meluat jerk~ mesti fikarkan sesuatu... Erm, aku dah apply dua, tiga tempat.. tapi takde jawapan setakat ni, walaupon impian nak jadi pengajar belum kesampaian lagi. Kene sabar beb~

Aku pon heran, asal la ayah aku taknak aku blah, nak juga kerja kat laut, memang la gaji boleh tahan tapi nak tinggalkan orang tersayang tu rasa tak mampu nak berpisah.. Lagi2 kalau dah berkawin, huh~ tak sanggup beb~

Takpe, aku akan berusaha sampai dapat, cayuk2... Memang kerja banyak kalau nak minta tapi nak cari yg sesuai tu tak byk.. Nak jadi cikgu, nak kene masuk maktab balik, mula dari A balik.. penat.. lagipon dah ada tanggungan susah, apply ikut SPA, sampai sekarang tak dapat lagi, tapi aku akan apply juga sampai dapat.. hehe~

Monday, May 12, 2008

Nokia N80



Setelah sekian lama aku mengidam telefon ni, akhirnya... Aku akan mempunyai Telefon Nokia N80, hasil dari bid kat lelong. hehe~ Walaupon 2nd hand tapi tak kire ar, janji puas hati.. Tak sabar menanti .. Nak tunggu hari esok bagaikan setahun lamanya.. hehe~

Friday, May 9, 2008

Candat Sotong

Pukul 4.00 petang semalam, aku, abah dan pakcik Nazir pergi candat sotong, pengalaman ke-2 aku pergi candat. Pengalaman pertama tu ada la 3 tahun lepas, dapat lebih kurang 15kg tapi yang tak best dapat mabuk laut free. hehe~

Ok, berbalik kepada cerita candat ni, bila dah semua persiapan dibuat, beli mata candat, batu, roti, coklat, siap semua so bermula la perjalanan. Guna bot ayah, 16kaki dengan engine 30hp. Perjalanan mengambil masa 30 minit utk sampai ke unjang, aku tak pasti nama apa unjang tu tapi tgk macam byk sotong sebab bila taruk je pancing, henjut2.. terus naik sotong, panjang2 plak tu sotong nya..

Tapi sayang, tak sampai setengah jam aku pegang joran, kepala mula rasa macam pinar2, berpusing2.. aduh~ mabuk seh.. rekod aku paling cepat mabuk, 30 minit atas bot. Mabuk.. Buat malu je. hehe~ So apa lagi muntah la aku sampai dah takde benda nak dibuang, penat muntah pastu takleh bangun pastu terbaring je tepi bot, tgk abah dan pakcik nazir candat.. seronok diorang candat.. Sayang betul aku takleh nak buat apa2. Rasa keadaan masa tu macam serik nak kelaut, taknak dah pergi lagi, dlm hati ni rasa bila la nak balik ni.. tak tahan, tgk abah solat dalam bot, walaupon bot bergoyang2 tapi dia steady je solat, aku memang takleh dah.. kene qada' nak bangun pon tak larat dah..

Sampai la magrib, tgk keadaan cuaca mendung je, baju hujan dah standby. Memang diorang rancang nak candat sampai tgh malam, hujan pon redah je, Masalah aku ni yang tak tahan, dah la mabuk pastu hujan lagi, goyang2 lagi, petir sambung menyambung. Huh~ seram tuh~ tapi sentapan sotong masih dirasai sebab aku tgk hujan2 pon abah n pakcik nazir dapat juga sotong.
Dalam kol 7 lebih pakcik nazir kata "jom balik ar, hujan makin lebat". Memang tgk cuaca tak cantik, lampu kat daratan pon tak nampak. Lagi2 tgk keadaan aku yang terbaring je, mungkin diorang kesian kot. hehe~

So abah kata nak solat magrib dulu pastu baru gerak balik. Selepas abah solat magrib (dlm keadaan hujan, terhuyung-hayang, steady jerk org tua tu solat) kita pon bergerak balik,
Aku tgk bot abah memang kekurangan keselamatan macam lampu dan life jacket, ye la jalan malam2 bot lain tak nampak ada orang ke tak kat laut tu sebab diorang tak dengar bunyi just berpandukan lampu je.. Aku dah cadangkan kat abah beli lampu dan life jacket. Safety First beb..

Sampai kat jeti, punggah barang, basuh bot, joran pastu bahagikan sotong yg ada. boleh tahan byk, tapi tak berbaloi pada aku sebab aku sekor pon tak dapat.. :(

Seb baik sampai rumah hujan dah reda, aku mandi, solat (kepala pon dah kurang pening so bleh ar solat) pastu... Tidur.. Penat tu mabuk..

Thursday, May 8, 2008

Pelihara Ikan

Disebabkan suka sangat tgk ikan-ikan ni berenang, timbul niat nak bela ikan, 1st time bela ikan mestila ikan yg kecik-kecik, seingat aku la ikan emas, gapi, so tak silap aku masa tu lepas raya puasa tahunnya dah lupa bila. Tingkatan 4 kot, huhu~ Lepas raya mestila ada duit, tuh yang planning nak abiskan duit kat ikan ni, so pergi la kedai ikan.

Tengok sikit punya banyak ikan ada kat kedai tu, keputusan sudah diambil untuk beli aquarium yang kecik skali, 2kaki lebar x 1 kaki panjang. Kire koman punya ar. huhu~
Beli pasir, pokok-pokok, motor pamp, anti klorin dan stand aquarium. Hangus RM100.

Balik je rumah terus cari tempat sesuai utk taruk ikan ni, setelah mengambil kira keadaan sekitar ruang tamu dan kedudukan pili air kat luar, aku pon mengambil keputusan utk taruk betul2 sebelah pintu kat ruang tamu, kalau org masuk rumah je akan nampak ikan aku tu. :) cantik~
Basuh aquarium, basuh pasir, taruk air dalam aquarium, masukkan pamp. Biarkan semalaman air tu sebab masa tu ikan tak beli lagi, planning cari ikan kat pasar sebab murah ikan-ikan bela ni. Dapat murah n banyak. hehe~ Apa? Ingat kat pasar jual ikan mati jerk ke? Ikan hidup pon ada jual la.. korang jerk tak servey. Tuh yang dapat ikan emas n gapi.. hehe~ takpela janji ada.

Aku lupa masa bila ikan tu mati, tak silap aku balik kg pastu takde karen agaknya, balik kg tau2 ikan semua dah tungging.. tuh masalah ikan ni, nak kene ada back up oksigen kalau takde karen.

Sampai ke hari ni aku ada 5 Aquarium kat rumah tu, semua aquarium tu sangat berharga sebab dah banyak abis duit kat situ, ribu2 ooo..

bayangkan la

4'x2' ada 2, (ikan Lohan n Kaloi tapi kaloi dah mati, so ada jawatan kosong utk ikan)
6'x2' siap penapis bawah ada 1, (ikan lampam, oskar, talapia dan sebarau)
custum 3'x2.5' ada 1, (ikan jalawat)
2'x 1' ada 1, tapi yang kecik ni dah takde ikan

masa last aku balik pada 01/05/2008, aku tgk kat aquarium atas tu kosong, rupanya ikan kaloi putih aku dah mati.. aduhs~ sadis seh, dah la bela ikan tu dari kecik sampai ke besar, macam mana leh mati... kecewa tol ar, ingat nak je bawa aquarium tu semua balik ke kemaman, tapi susah plak, aquarium tu besar2, mana muat naik kancil.

Pastu ikan lohan plak mata dia bengkak, macam ada ulat kot kat mata dia, pergi kedai tanya macam mana nak buat, kedai tu rekmenkan beli ubat medical, warna hijau, ada ubat makan 2 biji = RM6, tukar air, taruk garam kasar. Alang2 tu beli tempat pembasuh aquarium, ubat alga, penapis air (filter), ikan lumut (aku suka panggil ikan majlis) hehe. Beli 5 ekor sebab nak taruk kat filter air. Biar bersih sket filter kat bawah tu.

Tukar filter pon makan masa berejam juga, leceh dan penat. Nak bersihkan batu-batu, arang dalam filter, nak bersihkan air dia lagi. huhu~ lelah.. tapi utk ikan takpe, bisa diatur..

Ikan paling kuat makan geng2 dalam aquarium yg besar, sampai mulut penuh pon nak lagi makan, tamak.. hehe~

nasib baik semua ikan aku ni makan palet, so takla keluar banyak belanja. 1kg palet kalau yg kaler merah rm10. kalau kaler hijau rm8. Selalu beli yang kaler hijau. murah. hehe~

Wednesday, May 7, 2008

Pengalaman Belajar


Teringat masa belajar dulu, mcm-mcm pengalaman pahit, manis, suka, duka dah lalui bersama. Semester 2/2005 Elektronik Industri,
pengalaman yg best masa orentasi dulu aku kene azan masa solat magrib, huh~ terketar juga sebab aku tak pernah azan lagi2 kat masjid. Dulu masa duduk kat taman pernah juga azan tapi kat surau, kat masjid ni la 1st time, Ape lagi azan la..

Satu lagi yg best masa orentasi dulu diorang sediakan belon yg berisi air, so diorang (facilitator) kata kau bawa belon ni kemana saja kau pergi, tak kira la time solat ke, time solat jumaat ke, time makan ke, time tidur ke, mandi ke, kemana saja kene bawa belon nih, Seminggu seh aku bawa belon masa tuh~ cam hampeh, kalau belon pecah diorang ganti dengan batu bata, sebab batu tu bleh tahan berat n besar, so baik aku jaga belon aku ni supaya tak pecah takla kene bawa batu bata~ time takleh handle masa nak solat jumaat, bawa belon time solat jumaat, dah org tgk semacam je, Pokemon punya facilitator.. End of story belon aku tak pecah~ huhu~

Yg lain2 tu macam biasa ar, ceramahla, aktiviti luar la, berkumpulan la, macam2 la tapi merapatkan ahli kumpulan tu pada akhir minggu silaturahim tu kene nyanyi nasyid, kira diorang buat mcm malam penutup ar, ramai ar yg datang time tuh, pengajar n pelatih2 dalam tu semua tgk. Seingat aku, kumpulan aku nyanyi lagi In Team - Impian Kasih, tapi sayang tak dapat jadi penyanyi utama, jadi back up singer. Sad seh~ huhu~

Cerita lain yang tak best, ada satu pengajar aku nih tak suka dengan kelas aku, suke je cari pasal, aku pon heran asal ntah mamat ni leh angin je dengan kelas aku masa tu,
asalnye dia masuk kelas, kebetulan member aku tgh passing telefon, dia siap nak rampas member aku tak bagi telefon tu, so dia marah la. sebelum dia blah dari kelas siap bagitau.
"Awak semua saya tak luluskan ujian kali ni".
Ada patut ke? So kitorang satu kelas sepakat, lantak kau la.. Masa tu dalam semester 3, tak rasa lagi kesan sampingan dari perbuatan tuh. sampai la semester 6 (last semester) semua ujian2 aku ni kene failkan dan akan diperiksa oleh Pegawai Latihan Vokasional, baru la boleh dapat sijil MLVK. 1 kerja ujian dia dan 1 mata pelajaran dia tak complete, tak complete bermakna takleh dapat sijil dan sia2 ar aku belajar kat sana,

Satu kelas telah bermesyuarat dan kami sepakat nak memohon maaf kat pengajar tu, so kita buat surat, tak cukup lagi satu kelas jumpa pengajar tu minta buatkan ujian sekali lagi. Last2 dia terima juga, tapi ujian tak lulus juga sebab dia buat susah gile punya~ Macam mana nak lulus macam nih~ pokemon tol,

Tak puas hati dengan pengajar ni kitorang bermesyurat lagi, macam mana nak kenekan pengajar nih~ Bincang2.. last2 kitaorang buat surat ke pengarah, kalau tak jalan juga nak adukan ke Jabatan Tenaga Rakyat. huhu~ tapi pengajar tersebut dah kene warning dengan pengarah agaknnya sebab dia panggil satu kelas datang jumpa dia kat bilik pengajar, siap kunci bilik pengajar tuh~ siap kata nak lempang sorang2 sebab jatuhkan prestasi dia.. huhu~ dalam hari aku pdan muka kau.. haha~

last2 dia cakap dia buat semua ni bersebab, nak kita rasa cikgu nak kita rasa kesusahan belajar, biar dia punya prestasi merosot asalkan kita boleh berjaya dlm belajar.. (dlm hati aku pandai la kau punya ayat tuh) yg tak tahan siap nagis tuh masa cakap. pandai tol berlakon.
Tapi kitaorang pon minta maaf juga dengan dia sebab marah kat dia, so lepas tu ujian sekali lagi buat dan kitaorang lulus dengan markah minima utk lulus iaitu 75%.

1st Artikel

Assalamualaikum, huh, 1st time nak posting dalam blog, apa rutin2 harian yg dibuat kat office, kat tempat kerja, kat mana2 aku berada, akan aku storykan kat blog aku nih~

Ok ape-ape hal kene la memperkenalkan diri dulu.. Kira nak bagi la resume diri kita utk tatapan umum. Mana tau ada bakat nak jadi ahli politik ke, ahli sukan ke? ahli dok rumah ke? ahli blog ke? ahli pembangkang ke? huhu~

Memang pada asalnya nak isi waktu lapang dan waktu terluang sambil menghabiskan masa. Dari dok tidur, baik tulis2 kat sini~ mana tau ada orang baca ke? huhu..

Aku bekerja kat kemaman, Kejuruteraan Samudra Timur Berhad, Kerja tu jgn tanya sebab aku jadi kuli jerk.. Sakit hati juga kenkadang sebab jadi kuli nih, yg aku paling sakit hati, orang2 atasan ni takleh tgk kita rilex, maksud aku dia takleh tgk kita sembang2 waktu takde kerja, nak juga suruh kerja. pihak2 atasan takpe, lesen besar, nak keluar sesuka hati pon boleh, kuli2 cam aku ni takleh, rasa sakit mata....

Aku pernah kene marah sebab bagi password wireless computer kat staff sendiri, siut tol. Padahal bukan aku bagi orang lain, pekerja sendiri juga. Dia kata server boleh slow, kali kedua aku kene marah sebab ada pekerja minta aku cari antivirus telefon kat internet. Sebab dia iri hati ke, takleh tgk pekerja tu dlm office aku ke, sebab apa pon aku tak tau ar, yg penting aku kene marah sebab tolong dia, Hangin jerk aku.

Hari ni aku kene marah lagi, sebab member copy cerita dalam komputer aku, itu pon salah.. isk~ geram tol.. takleh tgk senang sket.. nak jerk rasa benti kerja.. Tapi takpe, kesabaran sebagai kuli still ada lagi~ hehe~

Itu cerita tentang kerja, skarang nak cerita tgk background aku plak, aku pon belajar tak la tinggi mana, ada la sket2 sijil tu. kira kalau nak minta kerja kat tempat orang tak malu ar nak tunjuk sijil.. huhu~

Tempat paling best aku belajar masa aku amik Diploma Kejuruteraan Elektronik Di ADTEC Batu Pahat, Johor. Banyak seh kenangan yg aku dapat kat sana, takleh lupakan ar.. Nak cerita memang panjang tapi boleh diceritakan sebab aku ada banyak masa nak tulis nih~ huhu~

Start dari mula-mula masuk kat Adtec dulu,

Hari pertama menjejaki di asrama, aku duduk dengan mat kelantan, Wan Faizal Azlimi nama member tu, satu kelas dengan aku, duduk kat pasir mas tak silap aku. Dia memang terror bab elektronik ni, dulu belajar kat ILP, pandai dia repair tv. Aku kagum gak dengan dia, sebab aku belajar juga repair tv tapi fail ar. tak tau benda.. hehe~

Disebabkan rumah aku dekat dengan ADTEC nih, setiap minggu aku balik. Yang paling best skali balik bawa baju kotor. Cuci kat rumah, mudah dan pantas. Malas tol aku~ hehe~

Kadang2 kesian juga aku dengan Faizal ni sebab bila aku balik rumah dia stay ar sorang2 kat bilik tuh, tapi ada ramai orang2 pantai timur kat asrama aku so aku rasa takde hal la, pernah juga aku ajak dia lepak2 rumah aku tapi tak kerap ar dia datang, dia lebih suka stay bersama kawan2 dia yg lain.

Pernah skali aku, faizal dan member faizal ni (satu sem juga tapi lain kos) aku lupe seh nama dia, orang panggil jebat jerk. So aku pon panggil jebat je la, pergi rumah jebat kat jb. Kat area skudai tak silap aku. Rumah besar beb, ayah dia manager kat pejabat pos, tak silap aku ar. tak pon pangkat tinggi2 ar. dipendekkan cerita time balik tu masa kat traffic light si faizal ni nak belok kanan kat simpang tiga, dari arah kiri ke kanan. jalan 2 line, tak tgk belakang main belok je, kat sebelah tu plak kereta perdana V6, mengelak la si org bawa perdana ni(aku bonceng kat belakang faizal sebenarnya) tapi tak dapat, langgar juga so terjatuh la aku dgn faizai tuh, kereta tu plak langgar divider jalan sebab nak ngelak kitaorang nih, si faizal ni patah seh kaki dia, aku plak seb baik takde apa2. calar2 sket je, huh~ Alhamdulillah walaupon aku nampak kereta perdana tu langgar tepi aku tapi aku tak mengalami apa2 kecederaan. Yang merisaukan aku si faizal ni la, kaki dia sakit pastu dgn cepat je dah bengkak. Org yg langgar aku tu cina, dia kata sorry la, dia nak mengelak tapi tak dapat. Dia tanya nak report tak? Memang aku tau faizal ni yg salah sebab main belok je, so dia kata tak perlu report.

Agak2 kalau tak report macam mana cina tu nak claim kerosakkan kereta dia? Aku rasa dia report juga tapi tak cakap la langgar motor, mungkin terbabas ke, pandai2 dia r. si faizal tu plak jebat datang utk hantar ke hospital sebab masa tu belum jauh dari rumah jebat~ Sampai2 hospital doktor cakap faizah patah kaki, nak kene repair malam tuh juga, so kene la dia dok kat hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Malam tu juga aku balik batu pahat sebab hospital tu nak pengesahan faizal ni masih belajar. Esok pagi aku bertolak ke jb berserta dengan surat pengesahan belajar, petangnya mamat tu dah keluar hospital, ayah dia sampai malam tu esok terus balik kg, cuti 2 bulan.. peh best tuh~ hehe tapi tak best time balik nak kene catch up balik apa yg diajar~

Tau2 sekarang dia dah jadi pegawai penjara.. huh~ best seh dapat juga dia kerja kerajaan walaupon kerja kat penjara~ hehe~