Wednesday, May 7, 2008
Pengalaman Belajar
Teringat masa belajar dulu, mcm-mcm pengalaman pahit, manis, suka, duka dah lalui bersama. Semester 2/2005 Elektronik Industri,
pengalaman yg best masa orentasi dulu aku kene azan masa solat magrib, huh~ terketar juga sebab aku tak pernah azan lagi2 kat masjid. Dulu masa duduk kat taman pernah juga azan tapi kat surau, kat masjid ni la 1st time, Ape lagi azan la..
Satu lagi yg best masa orentasi dulu diorang sediakan belon yg berisi air, so diorang (facilitator) kata kau bawa belon ni kemana saja kau pergi, tak kira la time solat ke, time solat jumaat ke, time makan ke, time tidur ke, mandi ke, kemana saja kene bawa belon nih, Seminggu seh aku bawa belon masa tuh~ cam hampeh, kalau belon pecah diorang ganti dengan batu bata, sebab batu tu bleh tahan berat n besar, so baik aku jaga belon aku ni supaya tak pecah takla kene bawa batu bata~ time takleh handle masa nak solat jumaat, bawa belon time solat jumaat, dah org tgk semacam je, Pokemon punya facilitator.. End of story belon aku tak pecah~ huhu~
Yg lain2 tu macam biasa ar, ceramahla, aktiviti luar la, berkumpulan la, macam2 la tapi merapatkan ahli kumpulan tu pada akhir minggu silaturahim tu kene nyanyi nasyid, kira diorang buat mcm malam penutup ar, ramai ar yg datang time tuh, pengajar n pelatih2 dalam tu semua tgk. Seingat aku, kumpulan aku nyanyi lagi In Team - Impian Kasih, tapi sayang tak dapat jadi penyanyi utama, jadi back up singer. Sad seh~ huhu~
Cerita lain yang tak best, ada satu pengajar aku nih tak suka dengan kelas aku, suke je cari pasal, aku pon heran asal ntah mamat ni leh angin je dengan kelas aku masa tu,
asalnye dia masuk kelas, kebetulan member aku tgh passing telefon, dia siap nak rampas member aku tak bagi telefon tu, so dia marah la. sebelum dia blah dari kelas siap bagitau.
"Awak semua saya tak luluskan ujian kali ni".
Ada patut ke? So kitorang satu kelas sepakat, lantak kau la.. Masa tu dalam semester 3, tak rasa lagi kesan sampingan dari perbuatan tuh. sampai la semester 6 (last semester) semua ujian2 aku ni kene failkan dan akan diperiksa oleh Pegawai Latihan Vokasional, baru la boleh dapat sijil MLVK. 1 kerja ujian dia dan 1 mata pelajaran dia tak complete, tak complete bermakna takleh dapat sijil dan sia2 ar aku belajar kat sana,
Satu kelas telah bermesyuarat dan kami sepakat nak memohon maaf kat pengajar tu, so kita buat surat, tak cukup lagi satu kelas jumpa pengajar tu minta buatkan ujian sekali lagi. Last2 dia terima juga, tapi ujian tak lulus juga sebab dia buat susah gile punya~ Macam mana nak lulus macam nih~ pokemon tol,
Tak puas hati dengan pengajar ni kitorang bermesyurat lagi, macam mana nak kenekan pengajar nih~ Bincang2.. last2 kitaorang buat surat ke pengarah, kalau tak jalan juga nak adukan ke Jabatan Tenaga Rakyat. huhu~ tapi pengajar tersebut dah kene warning dengan pengarah agaknnya sebab dia panggil satu kelas datang jumpa dia kat bilik pengajar, siap kunci bilik pengajar tuh~ siap kata nak lempang sorang2 sebab jatuhkan prestasi dia.. huhu~ dalam hari aku pdan muka kau.. haha~
last2 dia cakap dia buat semua ni bersebab, nak kita rasa cikgu nak kita rasa kesusahan belajar, biar dia punya prestasi merosot asalkan kita boleh berjaya dlm belajar.. (dlm hati aku pandai la kau punya ayat tuh) yg tak tahan siap nagis tuh masa cakap. pandai tol berlakon.
Tapi kitaorang pon minta maaf juga dengan dia sebab marah kat dia, so lepas tu ujian sekali lagi buat dan kitaorang lulus dengan markah minima utk lulus iaitu 75%.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment