Pukul 4.00 petang semalam, aku, abah dan pakcik Nazir pergi candat sotong, pengalaman ke-2 aku pergi candat. Pengalaman pertama tu ada la 3 tahun lepas, dapat lebih kurang 15kg tapi yang tak best dapat mabuk laut free. hehe~
Ok, berbalik kepada cerita candat ni, bila dah semua persiapan dibuat, beli mata candat, batu, roti, coklat, siap semua so bermula la perjalanan. Guna bot ayah, 16kaki dengan engine 30hp. Perjalanan mengambil masa 30 minit utk sampai ke unjang, aku tak pasti nama apa unjang tu tapi tgk macam byk sotong sebab bila taruk je pancing, henjut2.. terus naik sotong, panjang2 plak tu sotong nya..
Tapi sayang, tak sampai setengah jam aku pegang joran, kepala mula rasa macam pinar2, berpusing2.. aduh~ mabuk seh.. rekod aku paling cepat mabuk, 30 minit atas bot. Mabuk.. Buat malu je. hehe~ So apa lagi muntah la aku sampai dah takde benda nak dibuang, penat muntah pastu takleh bangun pastu terbaring je tepi bot, tgk abah dan pakcik nazir candat.. seronok diorang candat.. Sayang betul aku takleh nak buat apa2. Rasa keadaan masa tu macam serik nak kelaut, taknak dah pergi lagi, dlm hati ni rasa bila la nak balik ni.. tak tahan, tgk abah solat dalam bot, walaupon bot bergoyang2 tapi dia steady je solat, aku memang takleh dah.. kene qada' nak bangun pon tak larat dah..
Sampai la magrib, tgk keadaan cuaca mendung je, baju hujan dah standby. Memang diorang rancang nak candat sampai tgh malam, hujan pon redah je, Masalah aku ni yang tak tahan, dah la mabuk pastu hujan lagi, goyang2 lagi, petir sambung menyambung. Huh~ seram tuh~ tapi sentapan sotong masih dirasai sebab aku tgk hujan2 pon abah n pakcik nazir dapat juga sotong.
Dalam kol 7 lebih pakcik nazir kata "jom balik ar, hujan makin lebat". Memang tgk cuaca tak cantik, lampu kat daratan pon tak nampak. Lagi2 tgk keadaan aku yang terbaring je, mungkin diorang kesian kot. hehe~
So abah kata nak solat magrib dulu pastu baru gerak balik. Selepas abah solat magrib (dlm keadaan hujan, terhuyung-hayang, steady jerk org tua tu solat) kita pon bergerak balik,
Aku tgk bot abah memang kekurangan keselamatan macam lampu dan life jacket, ye la jalan malam2 bot lain tak nampak ada orang ke tak kat laut tu sebab diorang tak dengar bunyi just berpandukan lampu je.. Aku dah cadangkan kat abah beli lampu dan life jacket. Safety First beb..
Sampai kat jeti, punggah barang, basuh bot, joran pastu bahagikan sotong yg ada. boleh tahan byk, tapi tak berbaloi pada aku sebab aku sekor pon tak dapat.. :(
Seb baik sampai rumah hujan dah reda, aku mandi, solat (kepala pon dah kurang pening so bleh ar solat) pastu... Tidur.. Penat tu mabuk..
No comments:
Post a Comment